Perubahan Jenis Bantuan Kebajikan
>> Wednesday, August 3, 2016
Setelah di persetujui oleh ahli jawatan kuasa(sebulat suara)
dalam mesyuarat pada tarikh 24/07/2016,pertubuhan kebajikan jentera berat
selangor akan membuat sedikit perubahan dalam menyediakan jenis bantuan kepada
ahli berdaftar borneo truckers.
Ini adalah bertujuan untuk mencapai matlamat dlm
mengestabilkan keinginan pertubuhan dan ahli2nya...seperti yg telah di
bincangkan dlm mesyuarat ahli jawatan kuasa yang lalu,"BANTUAN PERBIDANAN
UNTUK ISTERI AHLI BERSALIN" akan berakhir pada 31 disember 2016.Selepas
pada tarikh tersebut,degan serta merta BANTUAN tersebut akan di lupuskan.
HARAP MAKLUM...
HARAP MAKLUM...
*Untuk maklumat lanjut,sila hubungi ahli jawatan kuasa yg terdekat*
PERUBAHAN!!!
1).KENYATAAN TERDAHULU!!!
(dinyatakan pada borang pendaftaran ahli)
Jenis bantuan kebajikan yang disediakan oleh Pertubuhan
kebajikan Jentera Berat Selangor (Borneo Truckers) untuk Ahli berdaftar sahaja.
AHLI MENINGGAL DUNIA
a) Semua kos pengkebumian jenazah akan diuruskan oleh PKJBS
(Borneo Truckers).Anggaran kos pengkebumian Rm1000.00 (seribu ringgit)
b) Jika tabung Persatuan ini mempunyai Ahli melebihi 200
hingga 250 orang maka kos penghantaran jenazah balik ke kampung halaman Ahli
akan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan ini.
KEMALANGAN JALAN RAYA/TEMPAT BEKERJA
a) Kos bayaran perubatan
Hospital atau Klinik kerajaan akan
diuruskan oleh Ajk PKJBS (Borneo Truckers).Anggaran kos perubatan Rm500.00 (lima ratus ringgit). Jika
kos perubatan lebih dari Rm500.00(lima
ratus ringgit) maka itu akan dibayar sendiri oleh Ahli.
b) Contoh,Ahli kemalangan jalan raya dan kos perubatan
keseluruhan sebanyak Rm650.00 (enam ratus lima puluh ringgit).Pertubuhan
kebajikan Jentera Berat Selangor (Borneo Truckers) hanya akan memberi sumbangan
kebajikan sebanyak Rm500.00 (lima ratus ringgit) sahaja dan bakinya sebanyak
Rm150.00 (seratus lima puluh ringgit) akan di tanggung oleh Ahli sendiri.
c) Jika kos perubatan kurang dari Rm500.00 (lima
ratus ringgit).Contoh Ahli kemalangan jalan raya dan kos perubatan keseluruhan
sebanyak Rm250.00(dua ratus lima
puluh ringgit) sahaja. Pertubuhan kebajikan Jentera Berat Selangor (Borneo
Truckers) hanya akan memberi sumbangan kebajikan sebanyak Rm250.00(dua ratus lima puluh ringgit) sahaja dan bukannya Rm500.00(lima ratus ringgit).
d) Jumlah kos bayaran perubatan akan dirujuk kepada bil
pembayaran yang dikeluarkan oleh pihak
Hospital atau Klinik
Kerajaan.
BANTUAN PERBIDANAN UNTUK ISTERI AHLI BERSALIN
a) Bantuan perbidanan untuk istri Ahli yang berdaftar dalam
pertubuhan ini merupakan bantuan kebajikan tambahan untuk meringankan beban
Ahli jika istri beliau bersalin.
b) Jumlah bantuan kebajikan sebanyak Rm350.00(tiga ratus lima puluh ringgit)
sahaja.
c) Sediakan resit atau bil pembayaran yang dikeluarkan oleh
Hospital Kerajaan Sahaja.
d) Bantuan untuk ahli bersalin sebanyak Rm350.00(tiga ratus lima puluh ringgit) akan
diberikan terus pada Istri ahli secara tunai.
e) Bantuan kebajikan untuk ahli bersalin hanya diperuntukkan
kepada ahli yang telah menyertai persatuan ini melebihi tiga bulan.
f) Untuk mendapatkan bantuan penuh iaitu rm350.00(tiga ratus
lima puluh
ringgit) dan ahli mesti telah menyertai persatuan ini lebih dari tiga bulan.
DERMA KILAT DARI AHLI
a) Derma kilat seikhlas hati akan dibuat jika ada Ahli
Pertubuhan Kebajikan Jentera Berat Selangor yang ditimpah musibah.
2) KENYATAAN SEKARANG!!!
(dinyatakan pada borang pendaftar ahli)
Jenis bantuan kebajikan yang disediakan oleh Pertubuhan
kebajikan Jentera Berat Selangor (Borneo Truckers) untuk Ahli berdaftar sahaja.
AHLI MENINGGAL DUNIA
a) Semua kos pengkebumian jenazah akan diuruskan oleh PKJBS
(Borneo Truckers).Anggaran kos pengkebumian Rm1000.00 (seribu ringgit)
b) Jika tabung Persatuan ini mempunyai Ahli melebihi 200
hingga 250 orang maka kos penghantaran jenazah balik ke kampung halaman Ahli
akan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan ini.
KEMALANGAN JALAN RAYA/TEMPAT BEKERJA
a) Kos bayaran perubatan
Hospital atau Klinik kerajaan akan
diuruskan oleh Ajk PKJBS (Borneo Truckers).Anggaran kos perubatan Rm500.00 (lima ratus ringgit). Jika
kos perubatan lebih dari Rm500.00(lima
ratus ringgit) maka itu akan dibayar sendiri oleh Ahli.
b) Contoh,Ahli kemalangan jalan raya dan kos perubatan
keseluruhan sebanyak Rm650.00 (enam ratus lima puluh ringgit).Pertubuhan
kebajikan Jentera Berat Selangor (Borneo Truckers) hanya akan memberi sumbangan
kebajikan sebanyak Rm500.00 (lima ratus ringgit) sahaja dan bakinya sebanyak
Rm150.00 (seratus lima puluh ringgit) akan di tanggung oleh Ahli sendiri.
c) Jika kos perubatan kurang dari Rm500.00 (lima
ratus ringgit).Contoh Ahli kemalangan jalan raya dan kos perubatan keseluruhan
sebanyak Rm250.00(dua ratus lima
puluh ringgit) sahaja. Pertubuhan kebajikan Jentera Berat Selangor (Borneo
Truckers) hanya akan memberi sumbangan kebajikan sebanyak Rm250.00(dua ratus lima puluh ringgit) sahaja dan bukannya Rm500.00(lima ratus ringgit).
d) Jumlah kos bayaran perubatan akan di rujuk kepada bil
pembayaran yg di keluarkan oleh pihak hospital atau klinik kerajaan
DERMA KILAT DARI AHLI
Derma kilat seikhlas hati akan dibuat jika ada Ahli
Pertubuhan Kebajikan Jentera Berat Selangor yang ditimpah musibah.
KELEWATAN MEMBUAT BAYARAN YURAN BULANAN
(bekuatkuasa pada 01/08/2016)
(bekuatkuasa pada 01/08/2016)
a) kelewatan ahli membuat bayaran yuran bulanan sebanyak
RM10.00(sepuluh ringgit) sebulan hendaklah di maklumkan kepada AJK pertubuhan
ini.
b) jika ada ahli yang membuat tunggakan yuran bulanan selama
2 bulan berturut-turut akan di beri notis pemberitahuan kelewatan bayaran
yuran.
c) jika ahli masih tetap menunggak yuran bulanan pada bulan
ketiga,maka ajk induk pertubuhan ini akan menghantar surat peringatan terakhir pada ahli tersebut
mengikut alamat tempat tinggal ahli.
d) selepas 5 hari dari tarikh surat peringatan terakhir di keluarkan dan
ahli masih tidak menjelaskan bayaran yuran tertunggak atau tidak menghubungi
ajk induk pertubuhan ini,maka pihak ajk induk pertubuhan ini akan mengurangkan
bantuan kepada ahli tersebut.
NOTA : sila fahami kenyataan yg tertera pada borang
pendaftaran ahli sebelum mengisi borang pendaftaran ahli.
"pertubuhan kebajikan jentera berat selangor"
"BORNEO TRUCKERS"
Read more...
"BORNEO TRUCKERS"