MINIT MESYUARAT KALI KE 3 2016
>> Monday, May 9, 2016
MINIT
MESYUARAT P.K.J.B.S.
PERTUBUHAN
KEBAJIKAN JENTERA BERAT SELANGOR
(BORNEO
TRUCKERS) BIL 03/2016
Tarikh: 17
April 2016
Masa: 2:30 Petang
Tempat: Dewan
Sungai Rambai Jenjarum
Kehadiran: 27 orang
Ucapan
Pengerusi
Memulakan
mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
Pegerusi
mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan mengucapkan terima kasih.
Cadangan
Pengerusi meminta
semua ahli mesyuarat yang hadir untuk mengemukakan cadangan masing- masing.
Pengerusi meminta
agar ahli mesyuarat tidak segan untuk memberi sebarangan cadangan atau teguran.
Penaja meminta
Setiausaha sementara untuk mencatat semua cadangan yang di kemukakan oleh ahli
mesyuarat
Tabung kecemasan
Timbalan Pengerusi mengemukakan cadangan untuk
meletakkan satu tabung kecemasan dengan kadar dana sebanyak Rm1000 – (seribu
ringgit sahaja)
Semua ajk yang hadir bersetuju sebulat suara
dengan cadangan Timbalan Pengerusi En.Alias
Penurunan kadar yuran bulanan
Pengerusi mengemukakan cadangan untuk menurunkan
kadar bayaran yuran bulanan ahli:-
Mereka yang telah menjadi ahli dalam pertubuhan
ini dalam tempoh masa setahun atau lebih akan diturunkan kadar yuran bulanan
keahliannya.
Ahli baru
Ahli yang baru mendaftarkan diri dalam pertubuhan
ini akan ditetapkan yuran bulannya sebanyak Rm15.00 sebulan (lima belas ringgit
sahaja).
Persetujuan
Penasihat pertubuhan meminta persetujuan dari
semua ajk dan ahli mesyuarat untuk memberi cadangan lain atau bersetuju dengan
cadangan pengerusi untuk menurunkan kadar yuran bulanan ahli jika telah setahun
menjadi ahli pertubuhan.
Ajk dan ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara
dengan cadangan pengerusi untuk menurunkan kadar bayaran yuran bulanan Ahli.
Perubahan jenis bantuan untuk isteri
bersalin
Bendahari meminta pengerusi dan ajk mesyuarat
untuk meluluskan cadangan beliau mengenai perubahan kertas kerja untuk bantuan
istri bersalin.
Kertas kerja asal untuk bantuan istri bersalin
menyatakan bahwa ahli yang telah berada dalam pertubuhan selama tempoh tiga
bulan atau lebih akan berikan bantuan kos perbidanan sebanyak rm350,dan
bukannya selepas tiga bulan bersalin.
Pengerusi dan Ajk pertubuhan meluluskan cadangan
bendahari untuk mengubah bantuan untuk istri bersalin iaitu selepas tiga bulan
bersalin akan mendapat bantuan berupa wang tunai sebanyak rm350 ringgit (tiga
ratus lima puluh)
Aktiviti
Timbalan Pengerusi memberitahu semua ahli
mesyuarat dan ajk yang hadir mengenai lawatan serta memberi sedikit sumbangan
kerumah anak-anak yatim Ulin Nuha pada 24 april 2016 di Johan Setia.
Biro sukan mengingatkan kepada semua ajk mengenai
ajuran bola sepak 9 sebelah yang akan diadakan pada 01 mei 2016 bertempat di
Padang bola sungai rambai jenjarum.
Penutup
Pengerusi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk yang hadir dan menutup dengan
bacaan doa.
Mesyuarat
seterusnya akan diberitahu tarikhnya kemudian.
Disediakan oleh
Mahadir Bin Abas
Setiausaha p.k.j.b.s.
PHOTO KETIKA MESYUARAT KALI KE 3 DIADAKAN
0 comments:
Post a Comment